Friday, 10 February 2012

Percubaan ke-3 yang BERHASIL

Alhamdulillah, berhasil jua. Itu yang termampu diukirkan. Membangunkan blog sendiri berhasil setelah tiga kali percubaan yang gagal, pastinya kedengaran agak lucu. Ungkapan ini "create blog bukan susah, masok then siap"," budak tahun 1 pon ade blog, takkan budak U xde, malu der", "benda paling simple kat dunia adalah BLOG". Orait gang, saya jelaskan satu persatu untuk "pujian diatas" ini =)
"Create blog bukan susah, masok then siap" jawapan aku, memang x susah pon, kalau ingat password, sulit bagi aku yang asyik terlupa password sebab tak alert. Kemungkinan besar tak alert kerana  dorongan untuk buat blog disebabkan desakan PERSATUAN "setiap orang kena ada blog!!! erk! ini arahan" bukan kehendak sendiri, hmmm.  Frankly aku kurang minat untuk habiskan masa yang lama untuk satu benda sahaja, kena chose template, chose itu ini. Tak suka-tak suka, banyak lagi benda yang lebih penting untuk otak aku fikir sebenarnya, bukan hanya create blog. That why blog xpernah siap, hihihi.

"budak tahun 1 pon ade blog, takkan budak U xde, malu der" jawapan aku, Aku tak malu pun, memang la budak tahun satu boleh ade, dan budak tadika pon mampu ada. Tapi persoalannya, adakah cukup hanya sekadar ADE, bermanfaatkah blog itu? Aku adalah manusia yang bersifat MELANCHOLY, iaitu manusia yang dominan untuk buat suatu benda bersebab, tanpa reason yang kukuh aku abaikan. That why, blog xsiap. Tapi sekarang setelah berhasil blog, ini bermakna aku dah jumpa reason. Reason utama adalah pastinya untuk manfaat bersama samada untuk aku atau untuk orang lain, mungkin jua melalui perkongsian, luahan, pengalaman atau apa jua ibrah yang aku ade untuk diceritakan. Aku mengakui, aku bukanlah manusia yang tercipta dengan limpahan kata-kata puitis, tidak pandai bermain dengan tulisan apatah lagi dengan ungkapan manis. Cukup sekadar tahu menaip, alhamdulillah.

"benda paling simple kat dunia adalah BLOG" jawapan aku, simple but trouble. Tapi, dengan berhasilnya blog atas nama "SESEGAR NAILOFAR" aku akan cuba mengakuinya simple sebab akan aku jadikan blog aku paling simple kat dunia tanpa gadget-gadget yang merimaskan dan menyerabutkan, mengganggu konsentrasi bacaan sebagaimana blog-blog yang ada, sorry to say. Mungkin andaian pertama aku bahawa blog perlu ade gadget-gadget rimas menyebabkan aku mengatakan itu trouble, sebenarnya aku boleh buat blog sesimple yang aku suka. Dan ini terbukti, hihi.

Walau apa pun andaian dan tanggapan, aku punya reason sendiri yang aku kira relevan, mungkin jua suatu hari nanti ia bertukar menjadi tidak relevan, siapa duga. Apa pun, alhamdulilah. Allah beri peluang dan ruang untuk aku merasai memiliki blog sendiri dengan inspirasi sendiri, jua  menjiwai hati kawan-kawan yang 'gila blog'..AKU DA ADE BLOG!! TQ Allah